Syarikat pengeluar kenderaan multinasional, Mercedes mencipta sebuah kereta yang boleh dikawal oleh minda manusia, lapor akhbar The Sun baru-baru ini.

BERITA TRENDING: ​Baru Beli Mercedes Secara Cash, Influencer Muda Mengaku Buat Paid Review Judi Online -…

Mercedes Vision AVTR itu direka berkonsepkan filem sains fiksyen, Avatar dengan kerjasama studio filem James Cameron.

AVTR ialah singkatan kepada filem Avatar tetapi juga untuk perkataan ‘Transformasi Kenderaan Lanjutan’.

Ketua reka bentuk Mercedes, Gorden Wagener berkata: “Pengalaman pengguna sebagai elemen utama adalah setanding dengan organisma simbiotik.”

Berdasarkan filem Avatar, orang Na’vi akan menunggang makhluk terbang dan membuat hubungan simbiotik melalui rambut mereka.

Sama seperti Mercedes Vision AVTR, pemandu akan menghubungkan fikirannya dengan kereta itu menggunakan perisian Antara Muka Komputer Otak (BCI).

Kereta itu tidak dapat dipandu dengan hanya berfikir, tetapi pemandu dapat mengawal perisian dalaman kenderaan seperti menukar saluran radio dan memilih warna pencahayaan.

PILIHAN PEMBACA: “First In Malaysia..” - Wani Kayrie ‘Belanja’ Rupa Kereta Mercedes Baharu Dalam Rona Ungu Lavender

Selepas memakai topi keledar, otak akan bertindak balas terhadap rangsangan visual yang kemudian dihasilkan oleh peranti. – AGENSI