Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Makin Cantik Berhijab, Doa Rizman Pada Isteri - “Semoga Istiqomah, Insya-Allah”

Mya Amri 28/05/2021 | 15:20 MYT
“Semoga Istiqomah” - Itulah doa yang dicoretkan oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin kepada isteri kesayangannya, Nurida Suraya.
Doa itu merupakan tanda gembira Rizman terhadap perubahan penampilan Nurida yang kini tampil berhijab.
“Alhamdulillah, perjalanan baru untuk Ladyboss kami @nuridasuraya. Semoga istiqomah... Insya-Allah Amin Ya Rabbalalamin,” coretnya.

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas penghijrahan Nurida.
Terdahulu, Nurida mula menarik perhatian netizen apabila tampil memgenakan hijab sepanjang bulan ramadan tahun ini.
Rizman dan Nurida berkahwin pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rizqaa pada 2 September 2020.
#Pereka Fesyen #Hijab #Rizman Ruzaini #Isteri Berhijab
;