Makin Cantik Dan Berseri Adira Di Majlis Aqiqah Anaknya, Anggrek

Mya Amri
Mei 7, 2017 05:33 MYT
Penyanyi, Adira kelihatan semakin cantik dan berseri ketika majlis aqiqah dan cukur jambul anak perempuannya, Anggrek.
Majlis tersebut berlangsung dengan meriah bertempat di Kelab Golf Bukit Rahman Putra, petang semalam.
Adira juga telah berkongsi momen-momen indah sekitar majlis anak sulungnya itu menerusi akaun Instagram pada hari yang sama khas buat tatapan peminat.
Walaupun hanya mengenakan solekan ringkas namun Adira tetap nampak manis ketika menggayakan baju berwarna unggu sedondon bersama suaminya, Datuk Red.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto comel Anggrek sepanjang majlis berlangsung:
#Adira #Datuk Red #Aqiqah #Anggrek