Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Makin Ceria & Kelakar, Netizen Syukur Jasmin Hamid Makin Sihat! Siap Minta Tips Untuk…

Hanafis Haris
07/06/2022 09:58 MYT

Selepas mencetuskan kebimbangan ramai akibat serangan jantung, netizen akhirnya boleh menarik nafas lega apabila pelakon popular Jasmin Hamid kembali sihat.

Malah, Jasmin dilihat semakin ceria apabila membuat siaran langsung di TikTok sekitar tengah malam semalam.

Tambah menarik, Jasmin membuat siaran langsung berkenaan bersama pelawak, Farouk Hussein.

Menerusi siaran langsung itu, Jasmin menjelaskan kesihatannya semakin baik dan pada masa sama bersyukur apabila dia tidak mempunyai penyakit lain.

“Alhamdulillah makin sihat, syukur saya tak ada penyakit lain macam darah tinggi ke, kencing manis, gout.

“Kalau korang ada tips dan petua untuk pesakit jantung, kongsi-kongsi lah,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai yang meluahkan rasa syukur mereka apabila pelakon tersebut semakin ceria dan bertenaga.

Selain rancak berkongsi pelbagai petua untuk sakit jantung, ramai juga netizen terhibur dengan gelagat Jasmin yang semakin kelakar.

Terdahulu, menerusi Instagram Jasmin, suaminya Nazmir Abd Rahim memuat naik status di Instagram yang memberitahu isterinya dikejarkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung.

Nazmir bagaimanapun memberitahu Gempak bahawa Jasmin berada dalam keadaan stabil dan tidak ditidurkan.

Selepas hampir seminggu berada di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan Jasmin Hamid akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

BACA: Dibenarkan Keluar Hospital Selepas Serangan Jantung, Jasmin Hamid Panjat Rasa Syukur


#Viral #Sakit Jantung #Hamid #Jasmin
;