Pelakon Fouziah Gous akui hatinya rasa semakin sayu menjelang tarikh kelahiran anak keduanya.

Fouziah meluahkan perasaannya itu menerusi akaun Instagram(IG)nya baru-baru ini beserta foto yang merakamkan dirinya sedang mendukung anak sulungnya, Muhammad Zeeshan, 2, sambil tersenyum.

Pelakon berusia 35 tahun itu juga tertanya-tanya sama ada emosi yang dirasainya itu adalah perkara biasa bagi wanita hamil anak kedua.

“Makin dekat hari nak dapat adik Zeeshan, makin sayu pula hati. Adakah ini perasaan normal buat seorang ibu bila nak dapat anak ke2?? @zhafoujr?” tulisnya.

Entri tersebut juga turut disertakan dengan hashtag #doaselamatzhafoujr2 #zhafoujr2 #36weeks #zhafoujr #22weeks ...

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pengikut IGnya juga turut berkongsi dan menceritakan pengalaman yang dilalui oleh mereka ketika hamil anak kedua.

“Ye betul, saya dulu kalau boleh nak bawa anak sulung masuk hospital sekali duduk hospital teringat dekat dia je sampai meleleh air mata,” - @ surfina1805

“Betul sangat tu sebab terpaksa tinggal kan baby kita yang dah ada, luluh hati dik @fouziahgous. Akak nak bersalin yang ke 7 pun gitu masih same feeling nak tinggal kan yang bongsu,” -@bqsshsn

“Betul-betul @fouziahgous, nanti masa dalam pantang lagi sayu tengok anak sulung. Anak kita pun rapat-rapat. Kadang-kadang kesian tengok. Belum dua tahun dah berdikari,” - @ashrafariza

Doa selamat #zhafoujr2 Photo by @nb.co_

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on


Foto: Instagram @fouziahgous

Teks oleh: Mya Amri