“Makin Handsome, Jawline Padu” - Ramai Minta Hael Husaini Jangan Potong Rambut, Kekalkan Imej Oppa
Mya Amri
28/08/2023 23:55 MYT
28/08/2023 23:55 MYT
Kemunculan penyanyi, Hael Husaini di TikTok Awards Malaysia 2023 mendapat perhatian ramai.
Tidak hanya hadir sebagai jemputan, Hael juga turut membuat persembahan pada malam anugerah TikTok itu.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Hael pada malam itu ternyata membuatkan ramai terpegun.
Cukup sinonim sebagai seorang suka berfesyen, gaya pemakaian Hael dan juga wajahnya yang kelihatan kacak itu menjadi bualan ramai.
Ada yang mengatakan gaya rambut baru Hael yang dipanggil sebagai mullet itu menyerlahkan lagi sisi kacaknya dengan menonjolkan bahagian rahang penyanyi itu. Wow so manly kan!
Malah ada juga beberapa komen yang ditinggalkan di media sosial meminta Hael mengekalkan gaya rambut tersebut.
Antara komen yang diterima:
“Hael please simpan this mullet hair, it’s really look good on you. MasyaAllah,”
“Sukanya rambu baru ni, janji jangan potong tau,”
“Terpaling handsome, rambut smart dan elok. Kita lock!”
“Hael mullet era! Dah macam Seventeen dah, ahli baru eh,”
“Fuh jawline dah semakin hot eh,”
Terdahulu, wajah Hael juga pernah disamakan dengan anggota kumpulan K-Pop BTS iaitu V dan juga pelakon serta penyanyi Korea, Cha Eun Woo.