“Makin Handsome” - Penampilan TMJ Kurus Bergaya Terima Pujian Netizen

Azwa Rahman
Julai 30, 2020 08:12 MYT
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tampil kacak dengan penampilan terbarunya yang semakin kurus.
Menerusi laman sosial Twitter, penampilan terbaru TMJ ketika menerima kunjungan Panglima 21 Gerup Gerak Khas mencuri perhatian wargamaya.
“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg Lt Jen Datuk Hassan Bin Ali, Mantan Panglima 21 Gerup Gerak Khas pada hari ini, 29 Julai 2020. Allah Peliharakan Sultan,” tulis TMJ menerusi kapsyen foto.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg Lt Jen Datuk Hassan Bin Ali, Mantan Panglima 21 Gerup Gerak Khas pada hari ini, 29 Julai 2020. Allah Peliharakan Sultan. pic.twitter.com/85UpLhFHJb

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) July 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi laman sosial Instagram pula, TMJ sering memuat naik foto melakukan aktiviti sihat seperti senaman harian dan berenang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji fizikal TMJ yang semakin kurus dan kacak.
Malah, ramai yang turut meminta TMJ berkongsi tips kurus bersama rakyat jelata.
“Handsome TMJ since kurus ni. share tips sikit Tuanku,” kata seorang wargamaya.
“Tuanku tampak bergaya dgn kurus. Tuanku izikan patik dapatkan tips kurus macam Tuanku,” tanya seorang wargamaya.
“slim. padu. selalu beri inspirasi. terbaik TMJ,” puji seorang wargamaya.
“Kurusnyaaa. Looking good Tunku,” komen seorang wargamaya lagi.