“Makin Meluat Pulak… Sekali Allah Tarik Terduduk Kau” - DSV Terus Dihenyak Kritikan Netizen

Izwan Isa
Januari 30, 2022 22:50 MYT
Nampaknya, netizen masih lagi panas hati dengan tindakan Datuk Seri Vida rentetan peristiwa dia melabel penyanyi Anuar Zain sebagai gay baru-baru ini.
Sungguhpun sudah menzahirkan permohonan maaf menerusi sepotong video, namun, apa sahaja yang dibuat oleh Vida masih lagi menerima kritikan daripada orang ramai.
BACA: Vida Dakwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain
Terbaharu, Vida yang berkongsi momen-momen manis bersama anaknya, Cik B masih menjadi mangsa komen-komen berbaur sindiran oleh netizen.
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang dilihat sudah muak dengan tindakan Vida yang didakwa menggunakan formula sama untuk meraih perhatian umum.
“Makin meluat pulak. Bukan apa mengada-ngada lebih. Mentang kaya, dia ingat dia hebat? Sekali Allah tarik, terduduk kau,” tulis seorang netizen pada bahagian komen gambar yang dimuat naik oleh Vida.
Seorang pengikutnya juga meluahkan rasa kurang senang terhadap Vida dan ingin memboikot produk yang dikeluarkan olehnya.
BACA: Vida Mohon Maaf Terbuka Kepada Anuar Zain, Ingin Jumpa In Person - "Saya Tak Berniat ..."
“Dulu abang hormat, sekarang saya hilang hormat,” katanya sambil meletakkan tanda pagar #stopbuyingproductDSV
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Vida memperlekehkan Anuar Zain dan memanggilnya dengan gelaran ‘gay’.
Tidak senang dengan tindakannya itu, ramai pengguna media sosial meminta agar penyanyi lagu Mungkin itu mengambil tindakan ke atas Vida.
Kakak kepada Anuar Zain, iaitu Ziana Zain turut melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Vida dan melabelkannya sebagai sangat biadap.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
#Datuk Seri Vida #Netizen #DSV #Kritikan