Makin Menjadi-Jadi! Netizen Pelik Ibu Anna Jobling ‘Beria’ Buat Live - “Dia Nak Jatuhkan Karier Anak Dia Kot”
Kemelut antara pelakon, Anna Jobling, dan ibunya, Ariz Arop, terus menjadi perhatian warganet selepas beberapa siri pendedahan dan siaran langsung di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Ariz yang didakwa kerap membuat siaran langsung menceritakan perkara buruk mengenai anaknya.
“Wei mak apa macam ni makin di tegur makin menjadi-jadi. Dekat sini memang dah nampak mak dia mental, kalau live sekali boleh husnuzon lagi mungkin dia nak bele diri and nak expalin kenapa dia buat anak dia macam tu.
“Tapi ini dah berkali-kali buat live cita buruk anak macam kau ibu yang baik tak ada buat salah dekat anak ke mak dia ni ada orang yang hasut sebab perasan setiap kali live mesti ada laki dekat sebelah tu dok mengapikan atau ada orang dibelakang tabir yang cuba untuk sama-sama menjatuhkan Anna Jobling,” tulisnya.
Individu tersebut turut berkongsi tangkap layar menunjukkan Ariz menjemput untuk orang ramai memasuki ‘live’ TikToknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pandangan tersebut dan turut mempersoalkan motif tindakan Ariz.
“Macam kebetulan sangat la kan, esok birthday anna… terus buat hal. sengaja ke tu?
“Mak yang burukkan anak = ciri ciri narsistik also known as joy killer and the need to be in control, dia rasa dia dah tak dpt control Ana tu jadi meracau ni.
“Dia nak jatuhkan karier anak dia kot.
“Wehhh try hard nya ko ni. ni kira mental abuse tau aduhhh.
“Seyes laa.. Mmg nak buka aib anak bagai org tua ni.. AJ make a right move,” tulis netizen.
Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.