Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Makin Mudah! Nak Semak Masalah Bekalan Air, Guna Google Maps Je!

Hanafis Haris
25/04/2019 10:04 MYT
Bermula hari ini beberapa kawasan di Lembah Klang bakal mengalami gangguan bekalan air.

Difahamkan, permasalahan ini berlaku disebabkan proses penyelenggaraan yang sedang dijalankan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

Oleh itu, penduduk yang didapati terjejas terpaksa lah bersedia untuk menyimpan air. Selalunya notis akan diberi oleh pihak berkuasa sebagai persediaan.

Namun jika anda yang tidak pasti sama ada terjejeas atau tidak, terdapat cara mudah untuk mengenal pasti kawasan yang terjejas.

Anda hanya perlu menyemak lokasi terbabit menggunakan aplikasi Google Maps.

Info ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @MambangStory.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apa yang menariknya menerusi Google Maps, segala info dan visual berkaitan tarikh, jam bermula dan berakhirnya bekalan air akan turut dipaparkan.

Jadi gunakan info ini sebaik mungkin dan rancang lah penggunaan air anda secara teratur.


#Gajet #Isu Air #Tech