Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongs ragam dua orang anaknya, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

Ayu berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Ayu, kedua-duanya anak kesayangannya itu semakin kuat meragam dan kerap menangis.

“Semakin nak dapat baby... Semakin mengada-ngada dua orang budak tecik ni... Sikit nangis banyak nangis ada je tak kena,” kongsinya.

Semakin nak dapat baby...semakin mengada-ngada 2 orang budak tesik ni...sikit nangis banyak nangis....ada je tak kene....

A post shared by @ ayu_abas on


Dalam pada itu, Ayu juga turut memuat naik coretan khas buat Andra sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya hari ini.

“5 tahun, selamat hari jadi adik cayang dibu… Dibu doakan adik berjaya dunia akhirat jadi anak yang soleh dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Adik dah nak jadi abang tau tapi title “ADIK” tu dia dah chop, tidak boleh ditukar ganti. Jadi agak-agak dibu nak panggil apa kat baby ni?

“Dibu sayang adik, Arrian, baby and ketua segala ketua, ketua kelas, ketua kuat namok, ketua majuk iaitu AYAH,” tulisnya

27.February.2015 - 5 years old....Happy birthday Adik Cayang Dibu.....Dibu doakan adik berjaya dunia akhirat....jadi anak yang soleh dan sentiasa dalam lindungan Allah swt... . . Adik dah nak jadi abang tau..tapi title “ADIK” tu dia dah chop...tidak boleh ditukar ganti ?....so agak2 dibu nak panggil apa kat baby ni ?....??? . . Dibu sayangggggggg adik,arrian,baby and ketua segala ketua , ketua kelas,ketua kuat namok, ketua majuk iaituuuuuu AYAH ? ..?????

A post shared by @ ayu_abas on


Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.