Hiburan

“Makin Ngada-Ngada, Banyak Nangis” - Isteri Tomok Kongsi Ragam Anak Nak Dapat Adik

gempak
Mya Amri
27/02/2020
14:17 MYT
Sponsor Banner
“Makin Ngada-Ngada, Banyak Nangis” - Isteri Tomok Kongsi Ragam Anak Nak Dapat Adik
Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongs ragam dua orang anaknya, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.
Ayu berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Ayu, kedua-duanya anak kesayangannya itu semakin kuat meragam dan kerap menangis.
“Semakin nak dapat baby... Semakin mengada-ngada dua orang budak tecik ni... Sikit nangis banyak nangis ada je tak kena,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ayu juga turut memuat naik coretan khas buat Andra sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya hari ini.
“5 tahun, selamat hari jadi adik cayang dibu… Dibu doakan adik berjaya dunia akhirat jadi anak yang soleh dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
“Adik dah nak jadi abang tau tapi title “ADIK” tu dia dah chop, tidak boleh ditukar ganti. Jadi agak-agak dibu nak panggil apa kat baby ni?
“Dibu sayang adik, Arrian, baby and ketua segala ketua, ketua kelas, ketua kuat namok, ketua majuk iaitu AYAH,” tulisnya
Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live