Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Makin Parah, 60 Peratus Doktor & Jururawat Alami Gejala Burnout?

Hanafis Haris
11/07/2021 01:00 MYT

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini pernah meluahkan kebimbangannya apabila petugas barisan hadapan mengalami gelaja lesu upaya atau burnout.

Hal itu berlaku kerana setiap petugas terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes COVID-19 untuk tempoh yang kian berlarutan.

Tambah membimbangkan, jumlah petugas mengalami burnout ini dikatakan semakin meningkat.

Perkara itu didedahkan menerusi satu posting di Facebook Public Health Malaysia, semalam.

Menurut laman itu, pada tahun 2019 Jabatan Audit Negara memaklumkan keadaan hospital agak tenat.

“Kami kongsikan semula infografik kami yang telah dikongsikan oleh Tan Sri KPK pada tahun 2019.

“Fast forward 2021, keadaan semakin parah. Ketika itu, satu daripada tiga doktor burnout.

“Semalam, kami siarkan kajian terbaru menunjukkan lebih 60% doktor dan lebih 50% jururawat burnout,” kata pengendali akaun tersebut.

Susulan itu, ramai netizen yang meluahkan rasa bimbang mereka dengan keadaan semasa.

Sekiranya tindakan proaktif tidak diambil, kes Covid-19 di Malaysia pasti makin parah.

“Tolonglah frontliner kita dengan duduk rumah”

“Kami duduk rumah, harap kilang pun sama”

“Mungkin vaksin saja yang boleh selamatkan kita sekarang,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

#Viral #KKM #Frontliner #PKP Dilanjutkan #Parah #Burnout
;