Pencipta konten dan pelakon yang sedang meningkat naik, Aizat Saha tidak menafikan dirinya pernah diganggu dengan mesej-mesej lucah peminat.

Menerusi temu bual bersama Gempak, Aizat atau nama sebenarnya Mohd Aizat Saharuddin memaklumkan bahawa perkara itu dianggap sebagai lumrah bagi seseorang yang semakin dikenali.

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2023: Mak Cik Marhaban, Aizat Saha, Adib Banana Dibs, Nisa Ai Antara Yang Tiba-Tiba Popular…

“Ada beberapa DM (direct message) hantar benda-benda macam tu. Tapi benda tu lumrah untuk seseorang yang mungkin sedang dikenali.

“Bagi saya, saya hanya ketepikan benda tu, kita tak payah layan dan hiraukan,” katanya.

Dalam pada itu, Aizat juga berkongsi bahawa dirinya tidak akan berhenti mencipta kandungan di platform media sosial walaupun telah mendapat tawaran berlakon secara profesional.

“Saya rasa tidak, sebab berlakon tidak mengambil masa terlalu lama. Jadi saya masih ada masa untuk fokus dekat konten.

“Andai kata pada masa hadapan ada banyak tawaran-tawaran berlakon, saya masih akan buat konten sebab benda tu ambil masa yang sekejap,” kongsinya.

Sekadar info, Aizat mula dikenali di TikTok selepas video-video genre point of view (POV) yang memaparkan kisah pasangan kekasih viral dalam kalangan netizen sehingga dia diberi julukan Abang POV.

Aizat juga tercalon dalam kategori Top 5 Video Tergempak, Anugerah Gempak Most Wanted 2023. Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.