"Makin Ramai Yang Melancong, Termasuk Destinasi Dekat" - Agensi Pelancongan Optimis Prospek Industri Pelancongan Malaysia, Teruskan Tradisi Cabutan Bertuah Pelanggan Setia
Amri Hassan
28/10/2024 15:08 MYT
28/10/2024 15:08 MYT
Lebih daripada 30 pelanggan setia Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. menerima hadiah cabutan bertuah sempena majlis "Tea, Treats & Treasures" yang diadakan untuk menghargai pelanggan yang telah mendaftar pakej dari Jun hingga Oktober 2024.
Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours, Mohammad Adam Jalalel Din, menjelaskan bahawa ini merupakan kali kedua majlis cabutan bertuah diadakan, di mana acara pertama diadakan secara dalam talian.
Sambutan positif dari pelanggan mendorong mereka untuk mengadakan majlis bersemuka dengan hadiah bernilai sehingga RM15,000, termasuk hadiah utama gold bar dan hadiah kedua berupa 'bag air wheel'.
“Majlis pertama dilakukan secara dalam talian, dan kali ini kami berjumpa secara bersemuka. Sambutan yang positif daripada pelanggan mendorong kami untuk menganjurkannya lagi, dengan hampir 1,000 pendaftaran diterima sepanjang tempoh tersebut.
“Kami ingin menghargai pelanggan dan merapatkan silaturrahim antara Nuh Travel dan pelanggan, kerana selama ini kami berurusan secara dalam talian,” katanya.
Adam turut memaklumkan bahawa cabutan bertuah kali ketiga akan diadakan pada Mei 2025 bagi peserta yang mendaftar dari November 2024 hingga April 2025, dengan hadiah bernilai antara RM20,000 hingga RM30,000. Hadiah utama dan kedua termasuk pakej umrah percuma dan percutian ke Turki, selain 28 hadiah lain.
Nuh Travel & Tours menyasarkan 6,000 peserta untuk tahun depan, dengan 4,500 untuk penerbangan lawatan dan 1,500 untuk peserta umrah. Dalam kerjasama strategik bersama Emirates dan Saudia, Nuh Travel akan memulakan penerbangan umrah pertamanya pada 2 November ini dengan Pakej Umrah Ziarah Dubai, yang disertai 30 jemaah bersama Imam Muda Hassan.
Penerbangan kedua bersama Saudia dijadualkan pada 6 Disember untuk Pakej Umrah Ziarah Turki. Tahun depan, mereka juga akan memperkenalkan Pakej Umrah Ziarah Switzerland. Adam menekankan komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan mencipta pengalaman beribadah yang berkualiti.
“Tagline kami, ‘Creating Moments’, mencerminkan hasrat kami untuk mencipta pengalaman percutian dan umrah yang memuaskan dengan harga berpatutan,” katanya.
Nuh Travel menawarkan lebih 60 pakej pelancongan, termasuk Pakej 6 Negara yang sangat popular. Dalam sebulan, terdapat dua penerbangan melibatkan sekitar 60 peserta, dan pada waktu puncak, mereka mampu mengendalikan sehingga enam grup dengan lebih 300 orang.
Pakej paling pendek adalah perjalanan ke negara-negara ASEAN, berlangsung selama 4 hari 3 malam, seperti Jakarta-Bandung dan Ho Chi Minh-Dalat. Antara pakej baru yang akan dilancarkan termasuk Swiss Milan Bliss, Pakej ke Scotland, dan Pakej ke Afrika Selatan.
Menurut Adam, beliau optimis mengenai prospek industri pelancongan di Malaysia pada pertengahan 2024, berkat pengukuhan mata wang dan inisiatif kerajaan.
“Saya melihat semakin ramai yang melancong, termasuk ke destinasi dekat seperti Jakarta dan Guangzhou,” katanya.
Nuh Travel & Tours, yang beroperasi di Damansara Perdana, akan membuka cawangan baru di seluruh negeri, dengan cawangan pertama di Johor Bahru pada 9 November. Mereka juga meneroka divisi baru melalui platform ‘Malaysia Bus Rental’, yang menyediakan pengangkutan bagi pelancong asing ke Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan dan umrah ziarah, sila layari www.nuhtravel.com.my.