HIBURAN
Makin Sweet! Ameera Khan Kongsi Foto Mesra, Letak Kaki Atas Riba Jefri Nichol
Pempengaruh Ameera Khan, sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas memuat naik satu foto mesra bersama kekasihnya, pelakon Indonesia Jefri Nichol, di Instagram Stories baru-baru ini.
Dalam gambar tersebut, Ameera dilihat selesa meletakkan kaki kanannya di atas riba Jefri Nichol ketika pasangan itu sedang bersantap di sebuah restoran santai.
Foto ringkas itu diambil ketika Ameera dan Jefri dipercayai sedang menikmati hidangan makan malam bersama beberapa ahli keluarga terdekat.
"Makan malam bersama kakak-kakak," tulisnya di Instagram Story.
Menjengah ke media sosial, ramai yang memuji kemesraan pasangan itu, menyifatkan aksi ‘kaki atas riba’ sebagai simbol cinta dan kasih sayang mereka.
Tidak kurang juga yang mempertikaikan kesesuaian aksi sebegitu di khalayak, terutama apabila dilakukan di depan ahli keluarga.
Malah, ada juga yang mencadangkan adik kepada Neelofa itu tidak memaparkan foto tersebut kepada umum.
"Boleh simpan kot jangan tunjuk kat umum.
"Ameera Khan ni tak malu ke depan family sendiri berlaga laga peha macam tu? Family pun ok je tak marah?
"Dalam rumah bermesra sentuhan , tutup mata je orang dalam umah tengok.
"Wah dah jumpa keluarga Ameera,semoga cepat-cepat kahwin," komen beberapa netizen.