Bollywood

"Makin Tua Makin Helok" - Merecik! Kemunculan Sunil Shetty Di Kuala Lumpur Curi Tumpuan Ramai

gempak
Amri Hassan
28/01/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Makin Tua Makin Helok" - Merecik! Kemunculan Sunil Shetty Di Kuala Lumpur Curi Tumpuan Ramai
"Old is gold," demikian antara komen yang mencuri tumpuan di media sosial menerusi hantaran video pesohor Bollywood, Sunil Shetty yang berada di Kuala Lumpur semalam.
Menerusi tinjauan di akaun media sosial Gempak, rata-ratanya memuji kekacakan dan ketampanan wajah bintang filem Dhadkan itu ketika di sesi bersama media di Restoran Copper Grillhouse.
Sunil, 63, yang mengenakan kemeja bercorak hitam putih dan melengkapkan gaya dengan cermin mata aviator lutsinar tidak perlu berlebih-lebihan.
Aura dan pesona yang dimiliki Sunil cukup menggamit perhatian ramai biarpun hanya menerusi video di media sosial.
"Kenapa lelaki makin berusia makin segak?"
"Hero India dulu-dulu, makin tua makin handsome masing-masing.
"Dulu tak berapa suka dia, sekarang makin tua makin suka pula.
"Ramai kata muda-muda dia tak handsome, tapi sebenarnya dia ada manis... Aura dia," demikian antara komen-komen lain yang ditulis netizen.
Sunil berada di Malaysia sempene pelancaran restoran masakan India, Copper Grillhouse di Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu. Difahamkan, Sunil hanya berada seharian di Malaysia sebelum terbang pulang ke India untuk menyambung penggambaran filem terkininya.
Copper Grillhouse dimiliki francais restoran legenda India, Copper Chimney yang beroperasi sejak 1972 lagi.
Me'nate dan Kumpulan Serai bekerjasama untuk membawa jenama ikonik ini dengan mengekalkan rasa autentik India ke Malaysia.
Antara hidangan yang perlu dicuba di restoran ini ialah Roti Roomali, Chandni Chowk Chaat, Tandoori Grills, Paneer Tikka, Murg Makhanitandoori dan Lamb Rogan Josh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024