Laman Utama
"Maknanya Masa Kena Pukul Dengan Hafidz Rosdi Tu Tengah Mengandung" - Netizen Mula Buat Telahan, Shuhada Terima Kata-Kata Semangat
Berita kehamilan anak ketiga yang diumum isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri telah mengejutkan semua terutama netizen yang mengikuti kisah rumah tangganya.
Rata-rata tidak menyangka begitu besar dugaan yang perlu ditempuh Shuhada, 29, selepas isu rumah tangganya belum selesai. Ditambah pula kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadapnya ditangguhkan selepas sambutan Aidilftiri.
Namun netizen terus memberi kata-kata semangat di Instagram miliknya selepas Shuhada mengaku dia kini sedang menghadapi tekanan dan bimbang tidak dapat menjaga dengan baik kandungannya yang berusia 10 minggu.
"Anak yang dalam kandungan tu tak berdosa, ibu (shuhada) kena kuat untuk bayi dalam kandungan tu," kata salah seorang pengikutnya.
"Semoga diberi kekuatan berserah pada Tuhan," komen salah seorang warga maya.
"Baby jadi saksi kekuatan ibunya," kata salah seorang netizen.
Terdahulu Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.
Netizen juga terus membuat telahan dan perkiraan, kiranya sewaktu kes Shuhada ditumbuk Hafidz pada 1 Mac lalu dia sedang hamil anak mereka.
"Jadi maknanya masa Shu kena pukul tu tengah pregnant lah kan," teka salah seorang pengikut IG.
"Hari itu kene pukul time mengandung, ya Allah kuatanya semangat," kata salah seorang netizen.
Ada juga segelintir netizen yang turut berasa marah kepada orang ketiga atau penyondol yang menjadi perosak rumah tangga mereka.
"Bertapa jahatnya perosak rumah tangga orang," komen salah seorang netizen.
Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata jaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.
Must-Watch Video