Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 hari ini.

Sempena itu, teman rapatnya, penyanyi Hael Husaini telah mendedikasikan ucapan buat penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu.

Menerusi Instagram, Hael telah memuat naik sekeping foto Dayang yang sedang tersenyum beserta kapsyen ringkas, namun mengundang perhatian ramai.

"HBTYLMNOPQRSTUVWXYZ," tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Hael membuat andaian 'HBTYL' dalam susunan huruf tersebut membawa maksud 'Happy Birthday To You Love'.

"Tengok sekali je terus faham HBTYL, aduh sweet sangat!

"Auchh semut berkawad hoorah horeyh!

"Sweetnya wish on time!" tulis wargamaya.

HBTYLMNOPQRSTUVWXYZ

A post shared by HH (@haelhusaini) on


Difahamkan, Hael membuat posting tersebut tengah malam tadi, sebaik sahaja memasuki tarikh 20 Julai.

Walaubagaimanapun, Hael tidak memberikan sebarang respon terhadap usikan para pengikutnya itu.

Seperti sebelum ini, peminat sering mengaitkan Hael dan Dayang serta berharap kedua-dua penyanyi ini menjalin hubungan istimewa memandangkan status masing-masing masih solo.

Apapun, selamat hari lahir Gempak ucapkan kepada Dayang Nurfaizah!