Malam Berinai Ala Bollywood Hani Era Meriah!

Syafiqah Jalal
Julai 7, 2017 04:11 MYT
Tinggal beberapa jam sahaja lagi penyampai radio Era, Hani bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya.
Sebelum disatukan dengan ikatakan yang sah, Hani atau nama sebenarnya Intan Farhani Mohd Fahdzil telah diraikan dalam satu majlis malam berinai di kediaman ibunya, semalam.
Majlis yang bertemakan Bollywood itu diadakan dengan meriah meskipun ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekatnya.
Hani sangat cantik dan berbeza apabila menggayakan sari berona biru dan merah jambu pada malam itu.
Hani dan pasangan, Wan Faiz Wan Noor bakal bernikah hari ini pada jam 2.30 petang di The Grand Ballroom Bora Ombah, Marina Putrajaya.
Berikuit merupakan foto-foto yang dikongsi sepanjang majlis berinai tersebut:
#Penyampai radio #Malam Berinai #Hani Era