Malam Ini Guys.. Borak Kelamin Bincang Topik Kelambu Dingin, Haa Menarik Kan?

Zulaikha Yusof
Mac 8, 2021 11:56 MYT
Program baharu Astro iaitu Borak Kelamin kembali lagi malam ini di kaca televisyen anda.
Untuk episod kedua, Borak Kelamin akan membincangkan topik Kelambu Dingin.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, episod ini juga menampilkan pelakon Ramona Zamzam sebagai tetamu jemputan.
Nak tahu apa yang dikupas serta dibincangkan? Nantikan...
Program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Jangan lupa saksikan Borak Kelamin yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Borak Kelamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Elly Mazlein #Awal Ashaari #Astro Ria #Borak Kelamin #Kelambu Dingin #Ramona