"Malam Sebelum Nikah Nervous Tu Mak Aih! Tapi Bila Bangun Pagi..." - Alif Satar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4

Asraf Aided
September 15, 2018 11:51 MYT
Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Alif Satar meraikan ulangtahun perkahwinan keempat bersama isterinya, Shadila Halid pada hari ini.
Menerusi sebuah entri di Instagram, Alif menceritakan pengalamannya sebelum sah bergelar seorang suami.
"Hari ini, sudah genap empat tahun rumah tangga kami, pada malam sebelum nikah, saya sangat 'nervous' tapi bila bangun pagi hari nak menikah tu, saya rasa sangat tenang kerana saya sedar itulah wanita yang saya akan bersama sehingga ke akhir hayat," tulisnya.
Pada masa yang sama, Alif turut membuat ucapan ulang tahun terhadap Shadila sambil berseloroh mengatakan dia tidak tahu untuk menulis kata-kata 'sweet' dalam ucapan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Alif kini bergandingan bersama Sherry Alhadad mengacarakan program Big Stage yang bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Alif Satar