Laman Utama
Malampagi Lirik Fasal Qiamulllail? Ini Respon Saixse!
Lagu ciptaan penyanyi dan komposer baharu Saixse berjudul Malampagi terus mendapat perhatian dan tular di media sosial.
Terbaharu, menerusi sesi podcast Tiktoker popular, Hanzo Shadow Codes, lirik yang dibedah daripada lagu Malampagi itu difahamkan merujuk kepada nasihat untuk mengajak ke arah kebaikan termasuk berqiamullail.
"Mesti ramai tak tahu kan, lagu 'healing sampai pagi' tu sebenarnya lagu nasyid. Apa benda yang orang buat healing sampai pagi? Qiamullail!
"'Asal kau duduk macam tak buat apa', tu berzikir bro. Kita healing kecewa dengan kehidupan kita pergi mana? Masjid tak balik sampai malam, zikir, selawat. Duduk tak buat apa pun, bukan kita nak jerit kuat-kuat pun. Duduk macam tak buat apa bro. Baru tahu lagu nasyid sebenarnya.
"Takde masa untuk cinta kan, semua maksiat. So, dia duduk masjid healing sampai pagi," katanya dalam sepotong video yang dimuatnaik di saluran CTC.FM.
Mengulas mengenai pandangan tersebut, kata pencipta dan penyanyi lagu Malampagi, Saixse, dia menyerahkan pemahaman lagi itu kepada pendengar.
"Ia bergantung pada pandangan dan penerimaan diri masing-masing. Kalau individu itu fikir sebegitu, mereka akan terima lagu itu sebegitu.
"Jadi saya sebagai penulis lirik dan komposer meletakkan pemahaman itu kepada penerimaan pendengar," ujarnya.
Sementara itu, Saixse enggan mengambil pusing persepsi negatif pendengar terhadap lagunya.
"Saya harap orang berfikir lebih positif dan jangan 'take for granted'. Jadi kalau boleh elakkan benda-benda negatif, jauhi diri daripada maksiat.
"Kadang-kadang saya tak fikir apa orang cakap, itu pendapat mereka sendiri. Saya buat lagu berdasarkan apa yang saya rasa, apa orang nak cakap tak kacau jiwa saya," tegasnya.
Jom tonton balik video yang sedang viral ketika ini:
Foto kredit: Aqoimran@ctc.fm Lagu healing sampai pagi tu sebenarnya lagu nasyid?! Hanzo bedah lirik di CTC FM. #forex #trade #trader ♬ Malampagi - Saixse
Must-Watch Video