Malang Buat Pengguna Telegram, Aplikasi Ini Bakal Kenakan Bayaran Bermula Tahun Depan!
Sebelum ini, aplikasi pesanan mesej Telegram dianggap lebih bagus daripada WhatsApp apabila beberapa fungsinya lebih efisyen dan mempunyai ciri keselamatan lebih baik.
Malah, Telegram juga kurang mengalami gangguan rangkaian berbanding WhatsApp.
Namun, berita buruk buat pengguna setia Telegram, aplikasi pesanan ini akan mengenakan bayaran bermula 2021.
Difahamkan, caj bayaran ini dikenakan untuk fungsi tertentu.
Walaubagainanapun fungsi percuma masih dikekalkan.
Pengasas Telegram Pavel Durov berkata, aplikasi itu bukan hanya memperkenalkan kaedah penjanaan wang, malah mungkin memperkenalkan sistem iklan.
Menurutnya, keputusan itu dibuat untuk menanggung kos operasi Telegeram yang selama ini dibayar menggunakan wang poket mereka sendiri.
“Untuk sistem pembayaran ini, kami dapat pastikan pengguna menerima pekhidmata terbaik dan pada masa sama memperkenalkan ciri baru,” katanya.
Difahamkan, Telegeram kini mempunyai 500 juta pengguna aktif sejak ia mula diperkenalkan tujuh tahun lalu.
Sumber: Techcrunch Gambar : CallBell