gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Nak Bergaya Dengan Tumit Tinggi, Kena Dapatkan Permit Dulu
HIBURAN
Wani Kayrie Buka Mulut, Kongsi Kisah Di Sebalik Foto Cincin Yang Dimuat Naik Di Instagram
HIBURAN
Harap Bersabar! Tayangan Avengers: Doomsday & Avengers: Secret Wars Ditunda
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Malang Tidak Berbau! Bibir Atas Suami Ummi Nazeera Terima 7 Jahitan Gara-Gara…

gempak
Asyraf Roslan
23/05/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Malang Tidak Berbau! Bibir Atas Suami Ummi Nazeera Terima 7 Jahitan Gara-Gara…

Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera iaitu Dr. Izzar Anwari mengingatkan orang ramai tentang kepentingan mengambil insurans pelancongan.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Izzar menasihatkan orang ramai supaya melengkapkan diri dengan perlindungan insurans apabila merancang untuk melancong ke luar negara.

“Kalau anda nak travel ke luar negara, selain kena settlekan bayar LHDN dan PTPTN anda juga kena dapatkan Travel Insurance.

“Sebab malang memang tak berbau, nasib baik saya memang sentiasa ambil travel insurance. RM40 camtu je, jadi kos rawatan pecah bibir saya tu ditanggung. Cuma kena pay n claim ye. Saya injured main basketball. Bukan buat lip filler ye, harap maklum,” katanya.
Dalam pada itu, Izzar turut berkongsi pengalaman peribadi apabila mengalami kecederaan sewaktu bermain bola keranjang di Indonesia sehingga menyebabkan bibirnya pecah dan memerlukan rawatan.
“Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Tapi mulut dah pecah macam mana ni guys?“Dapat 7 jahitan di bibir atas tu. Dalam luka tu. Alhamdulillah dah 5 hari dah kena ni. Semua aman2 sahaja. Jumpa lagi di edisi tahun hadapan ya.,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyakat keadaan bibir Izzar selepas menyatakan dia tidak melakukan sebarang pembedahan bibir.
“Dah macam bibir Anita Sarawak dah tu dr. tapi tetap manis ya.
“Munggil la bibir doc..kalah kak Umi.
“GWS doktor... ermmm seksi la bibir tu sehari dua ni.
“Ouch... sakit nye tu.. naseb masih handsome lagi.
“Fuhhhh...kalah anjelina joli ni.
“Pasni kalau bini jeling tak kasi gi dah kena faham-fahamlah yer,” komen netizen.
Topic Berkaitan
#Ummi Nazeera
#Insuran Pelancongan
#Izzar Anwari
Must-Watch Video