Penerbit Zeel Productions, Haji Zil memberi gambaran seolah-olah mahu bersara daripada industri hiburan tempatan.

Haji Zil atau nama sebenarnya, Fadzil Teh berkongsi hal tersebut menerusi satu luahan yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap sebahagian orang dalam industri yang tidak menghargai peranannya sebagai seorang penerbit.

"Mungkin saya akan ikut sis JS Picture (Sheila Rusly) bersara daripada dunia penerbitan.

"Malas layan kerenah pihak tertentu. Penerbit tak pernah dihargai langsung. Faham apa yang Sheila Rusly lalui. Penat dah," tulisnya menerusi kemas kini terbarunya di Instagram.



Perkongsian status Haji Zil itu kemudian mendapat pelbagai komen dalam kalangan penggiat seni tanah air.

"Ala, tak ada kerja la kami," tulis pelakon Rozita Che Wan.

"Mama habiskan dulu baki-baki, pastu kita pergi berehat kat London," pujuk aktres Rita Rudaini.




Sebelum ini, penerbit dan pengarah Sheila Rusly turut pernah meluahkan hasratnya untuk mengundurkan diri daripada industri hiburan.

Luahan Sheila itu kemudian mendapat perhatian ramai pihak yang meminta dirinya agar terus bersabar termasuklah Haji Zil sendiri.

BACA: "Kita Ni Buat Kerja Penat Tapi Tak Dihargai" - Haji Zil Minta Sheila Rusly Bersabar