Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Malaysia Ada Ketua Polis Baru, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Datuk Seri Abdul Hamid Bador

Azwa Rahman
03/05/2019 04:34 MYT
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu bermula esok.

Mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau dilantik bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara baru bagi menggantikan Mohamad Fuzi telah bersara wajib hari ini.

Apa yang perlu anda tahu tentang KPN baru ini?

1. Abdul Hamid dilahirkan pada 7 Ogos 1958 di Kuala Lumpur dn kini berusia 61 tahun.

2. Hampir 42 tahun berkhidmat dengan PDRM, beliau cemerlang menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Pengarah Jabatan Cawangan Khas Selangor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar, Bahagian Ancaman Ekstremis Luar dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1.

3. Abdul Hamid pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya oleh kerajaan Indonesia di atas jasanya membantu negara jiran itu melumpuhkan kegiatan Jemaah Islamiah dan Daish.

4. Pada 2015, Abdul Hamid merupakan individu yang membuat pendedahan mengenai penyembunyian saksi utama dalam siasatan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

5. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada Mei 2018 selepas Kerajaan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lalu.
#Malaysia #PDRM #Ketua Polis Negara
;