HIBURAN
“Malaysia Boleh Tapi Rakyat Dengki, Ubah Mentaliti B*ngang Ni” — Hanya Sokong Bila Menang, Jojo Ghazali ‘Sound’ Netizen
Jaguh Muay Thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali, meluahkan kekecewaannya terhadap segelintir rakyat Malaysia yang lebih gemar mengecam berbanding memberi sokongan apabila dirinya mengalami kekalahan dalam aksi terbarunya.
Menerusi satu hantaran lantang di Instagram miliknya, Jojo menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah rakyat Malaysia yang hanya menyokong ketika dia berada di puncak, namun menghina ketika dia rebah.
“Kepada pembenci aku yang dari Malaysia… sebab koranglah negara kita tak boleh sampai ke tahap seterusnya. Korang jangan harap la nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang.
“Tapi aku malu, malu dengan mentality sampah orang aku sendiri.
“Aku umur 18, mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara. Modal aku sendiri pun keluar nak pastikan persiapan aku tip top. Tapi untuk apa?”tulisnya.
Dalam pada itu, Jojo menegaskan bahawa selepas ini dia hanya akan memberi fokus kepada mereka yang benar-benar menyokongnya.
“Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku dan orang yang betul-betul support aku.
“Mentaliti kita berbeza, sebab tu aku yang berlawan, engkau hanya sekadar penonton.
“Korang cakap lah apa korang nak cakap, aku berlagak la, aku kejar glamour la apa la. Tapi korang jangan lupa, disebabkan aku yang usaha mengejar glamour, yang tak glamour pun boleh jadi glamour. Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul support aku,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, Jojo juga menyeru rakyat Malaysia untuk mengubah sikap mentaliti negatif yang menurutnya menjadi penghalang kemajuan sukan dan atlet negara.
“Ubah lah mentality bangang ni. Malaysia boleh tapi rakyat dengki. Korang ingat aku akan koyak ke dengan apa yang korang cakap? 😂 Mentality kita berbeza, sebab tu aku yang berlawan engkau hanya sekadar penonton. Terima kasih semua,” tambahnya.
Sekadar info, atlet muda berusia 18 tahun itu baru sahaja menelan kekalahan tipis menerusi keputusan split decision kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, awal pagi Sabtu lalu.
Kekalahan itu merupakan yang kedua berturut-turut buat Jojo selepas turut tewas kepada Johan Estupinan dari Mexico pada Disember lalu.
Must-Watch Video