Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

Asyikin Mayudin
20/10/2023 00:55 MYT
Selepas gagal dalam tiga perkahwinan, bekas suami kepada selebriti Erra Fazira, Laudya Cythia Bella dan usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran berhasrat untuk mencari calon isteri berasal dari Korea Selatan.

Engku secara berseloroh meluahkan hasrat itu ketika membalas komen daripada penyanyi Alif Satar yang memujinya kelihatan bergaya seperti oppa (lelaki Korea).

Komen itu dibalas menerusi perkongsiannya mengenai pengalaman dalam kerjaya penerbitan sejak lebih 20 tahun lalu di Instagram.

“Nak cari isteri Korea pula lepas ni bro. Oleh kerana saya tidak faham wanita mungkin memahami wanita mungkin tidak faham dengan apa yang mereka katakan sepenuhnya,” tulis Engku.

Bagaimanapun Alif turut menganggap apa yang dibalas Engku itu sekadar gurauan antara mereka sahaja.

Untuk info, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.

Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.

Engku kemudian berkahwin dengan selebriti Indonesia iaitu Laudya Cythia Bella pada September 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Selepas itu, Engku bertemu jodoh dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai pada September lalu.

BACA SINI: “Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran


#Erra Fazira #Noor Nabila #Engku Emran #Laudya Cyhthia Bella