Jika Jumaat lalu, Malaysia berada di kedudukan ketiga sebagai negara yang mempunyai udara paling tercemar, namun kini segalanya telah berubah.
Menurut laporan dikeluarkan laman Switzerland AirVisual, Malaysia kini berada di tempat pertama sebagai negara yang mempunyai kadar Air Quality Index (AQI) paling tinggi iaitu sehingga 218 AQI.
Catatan ini jauh lebih tinggi berbanding 162 AQI pada empat hari lalu.
BACA: Jerebu Makin Teruk, Malaysia Kini Berada Di Kedudukan Ke....
Lebih membimbangkan bukan satu tempat saja yang diklasifikasikan paling tercemar, malah terdapat dua lokasi.
Sehingga artikel ini ditulis Kuching, Sarawak mencatatkan AQI sebanyak 218 manakala Kuala Lumpur 186.
Berada di belakang Malaysia dengan kedudukan ketiga dan keempat pula adalah Dhaka, Bangladesh dan Singapura masing-masing dengan bacaan AQI sebanyak 158 dan 156.
Jakarta, Indonesia pula berada di kedudukan ketujuh dengan AQI setinggi 152.