Malaysia Merupakan Pasaran Terawal Di Dunia Mendapat iPhone, Ini 5 Pengumuman Penting Sebelum Anda Buat Keputusan Untuk Beli Apple

Rozaimi Zubaidi
September 12, 2019 03:13 MYT
Teka teki berhubung rekaan terbaru iPhone akhirnya terjawab apabila Apple Inc telah mengumumkan tiga model baru mereka pada Rabu.
Ternyata Malaysia akan menjadi diantara pengguna terawal produk terbaharu Apple itu apabila ini merupakan kali pertama iPhone memasuki pasaran Malaysia serentak dengan Singapura, Amerika Syarikat dan Eropah.
Menurut laporan Astro Awani, berikut merupakan lima dapatan penting susulan Acara Khas Apple pada 10 September 2019 di California.
1. iPhone 11 & iPhone 11 Pro dilancarkan Apple
a. Apple melancarkan tiga model iPhone baharu: iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Max
b. Malaysia merupakan pasaran terawal di dunia mendapat iPhone
c. Ini kali pertama iPhone memasuki pasaran Malaysia serentak dengan Singapura, Amerika Syarikat dan Eropah
d. Jualan iPhone X, iPhone XS dan iPhone XS Max ditamatkan dari pengeluaran
e. iPhone 8, iPhone XR dikekalkan di pasaran
2. Produk penstriman Apple dilancarkan
a. Apple TV+ dilancarkan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia
b. Apple Arcade, satu produk perkhidmatan untuk e-sukan, juga dilancarkan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia
c. Langganan bulanan ini akan mula dipasarkan dalam bulan September ini
3. Jam Apple Watch siri ke-5 dilancarkan
a. Apple Watch siri ke-5 didatangkan dengan kompas
b. Jualan Apple Watch siri ke-4 akan dihentikan pengeluaran
c. Apple Watch siri ke-3 diturunkan harga
4. iPad siri ke-7 diperkenalkan
a. iPad siri ke-7 merupakan produk terbaharu dalam barisan iPad
b. iPad siri ke-6 adalah produk paling berjaya dalam siri iPad
c. 60 peratus pengguna iPad baharu memilih siri ke-6
d. iPad terbaharu siri ke-7 akan dijual di Malaysia mulai September ini
5. Siri komputer riba Apple – MacBook – tidak mendapat perhatian kali ini
a. Apple kian mengurangkan kebergantungan jualan dan pendapatan dari komputer riba MacBook
b. Sebelum ini, lebih 60 peratus jumlah pendapatan Apple datang dari segmen iPhone dan segmen Boleh Pakai seperti Apple Watch
c. Apple dijangka adakan satu lagi Acara Khas pada bulan akan datang bagi mengemas kini barisan komputer riba mereka
Sumber: Astro Awani
#Apple #iPhone 11 #iPhone 11 Pro