Malaysia Negara Ketiga Tertinggi Di Dunia Malas Jalan Kaki
Azwa Rahman
15/08/2022 18:16 MYT
15/08/2022 18:16 MYT
Kajian Universiti Stanford di California meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga tertinggi dunia dalam kategori rakyat ‘paling malas’ melakukan aktiviti berjalan kaki.
Keputusan itu dibuat berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberi gambaran sekilas tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia.
“Rakyat Malaysia secara purata melakukan 3,963 langkah sehari,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kajian itu, penyelidik Universiti Stanford menyimpulkan bahawa terdapat ketidaksamaan dalam aktiviti fizikal yang dilakukan bagi setiap penduduk di negara dunia sehingga mengundang kepada pertambahan berat badan.
Dalam kajian tersebut turut mendedahkan negara pertama di dunia miliki rakyat paling malas berjalan kaki ialah Indonesia, yang mana jumlah purata rakyat di sana hanya berjalan sekitar 3,513 langkah sehari.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.
Dalam pada itu, kajian yang sama berkata, negara dengan masalah obesiti rendah adalah merujuk kepada sikap rakyatnya gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.
Namun begitu, terdapat jurang besar antara individu yang gemar berjalan kaki dengan golongan kurang mengamalkan gaya hidup sihat tersebut kerana lebih berisiko menjadi obesiti.
Sumber: Kosmo Online