Mengejutkan! Alamat IP dari Malaysia yang paling banyak yang memuat naik dan memuat turun gambar dan visual pornografi kanak-kanak.

Menurut laporan The Star, data menunjukkan hampir 20,000 alamat IP di Malaysia melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut dan berada di kedudukan tertinggi di Asia Tenggara.

Penolong Pesuruhjaya Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Ong Chin Lan berkata, berdasarkan data yang diberikan oleh polis Belanda yang berpangkalan di Malaysia pada tahun 2015, kira-kira 17,338 alamat IP dikesan terlibat dalam pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia.

Tambahnya lagi, data menunjukkan bahawa sebelum 2014, jumlah anggaran 60 kanak-kanak setahun telah diserang secara seksual oleh pelaku yang mereka kenali melalui internet.

Jumlah itu terus meningkat kepada 184 pada tahun 2015 dan 183 pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017, jumlah terkumpul sehingga Mei 2017 adalah 117.

Bilangan kanak-kanak yang menjadi mangsa di aplikasi tertentu serta secara online juga meningkat dengan cepat.

Kebiasaannya, lebih daripada 51% kanak-kanak yang berusia 13 hingga 15 tahun itu berkenalan dengan si pelaku melalui aplikasi seperti WeChat, Facebook, WhatsApp dan BeeTalk.

Antara punca kanak-kanak menjadi mangsa ialah apabila ramai ibu bapa Malaysia membiarkan anak menggunakan telefon bimbit tanpa memantau mereka.

Malah, lebih daripada 60% kanak-kanak menghabiskan masa di bilik sembang dalam talian di Internet setiap hari.

Sementara itu siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun pada 2015, 91.6% daripadanya memiliki telefon bimbit sebelum umur 15 tahun manakala 88.5% lagi mempunyai Facebook atau akaun media sosial yang lain.

Ia juga mendapati hanya 35.6% ibu bapa yang memantau aktiviti anak-anak mereka di internet.
Paling merisaukan trend terkini menunjukkan sebanyak 60% kanak-kanak perempuan dan 40% kanak-kanak lelaki akan terus berjumpa dengan kenalan mereka yang dikenali menerusi sosial media.

Sumber: The Star
Foto: Carian Google