“Malaysia Pasti Boleh” - Lee Chong Wei Beri Sokongan Pada Skuad Harimau Buta Negara

Azwa Rahman
Ogos 23, 2020 00:00 MYT
Lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei memberikan sokongan yang padu kepada pasukan bola sepak cacat penglihatan negara yang lebih dikenali sebagai skuad Harimau Buta.
Menurut Chong Wei, bermain aktiviti sukan dalam keadaan tidak dapat melihat adalah sesuatu yang sukar.
“Sukan ini tidak mudah, sebagai altet juga, saya memberikan 100% sokongan saya pada mereka.
“Saya faham mereka tidak layak untuk ke peringkat Piala Dunia tetapi jangan sesekali mengalah.
“Cuba lagi dan saya yakin satu hari nanti Malaysia akan tetap berada di kejuaraan Piala Dunia,” jelasnya menerusi satu video yang dikongsi oleh R.AGE.

Datuk Lee Chong Wei was amazed by our national blind football team, and hopes all Malaysians support them too! Watch the inspiring true story of the blind football team in the film, Eye On The Ball, on Astro First (channel 480), starting Aug 20. pic.twitter.com/WSs3n8l5YI

— Eye On The Ball Film ?? (@EyeOnTheBallDoc) August 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dokumentari EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Bola Sepak #Eye On The Ball #Skuad Harimau Buta