'Malaysia Prihatin' Tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2020…Logo Bentuk Hati Warna Jalur Gemilang Jadi Pilihan
Pada 31 Ogos ini rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan negara yang ke-63 dan Hari Malaysia pada 16 September 2020.
"'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia," katanya.
Tema dan logo itu diperkenalkan oleh Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak, pada Jumaat.
"Selain itu, pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat.
"Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka, yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September depan," menurut kenyataan tersebut.