Hiburan

Malaysia Rangkul 4 Trofi Di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) Ke-61! Jom Semak Senarai Pemenang

gempak
Umirah Halim
02/12/2024
19:01 MYT
Sponsor Banner
Malaysia Rangkul 4 Trofi Di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) Ke-61! Jom Semak Senarai Pemenang
Malaysia telah berjaya mengungguli empat kategori anugerah pada malam kemuncak Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-61 yang berlangsung di Wyndham Ion Majestic Hotel in Genting Highlands, Pahang pada Ahad.
Pelakon, Azira Shafinaz dan Fabian Loo masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik menerusi filem “Indera” dan “Rain Town”.
Di samping itu, Malaysia turut meraih kejayaan dalam kategori Filem Pendek Terbaik melalui “The Lonely Piano” dan Anugerah Khas Juri menerusi filem “EMP4T”.
BERITA BERKAITAN: Terkejut Terima Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, Fabian Loo Tak Kisah Nama Tak Tercalon Anugerah Filem Tempatan - “Bagi Saya Yang Penting Adalah…”
BERITA BERKAITAN: Selepas Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, Azira Shafinaz Kongsi Hasrat Mahu Bolos Pasaran Indonesia - “Ada Terima Tawaran Tapi…”
Pada acara itu juga, filem yang tular sebelum ini, How To Make Millions Before Grandma Dies dinobatkan sebagai Filem Terbaik.
Filem dari Thailand itu turut mengungguli trofi Aktor Terbaik menerusi lakonan mantap Putthipong Assaratanakul dan kategori Lakon Layar Terbaik.
BERITA BERKAITAN: Azira Shafinaz, Fabian Loo Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-61
Turut cemerlang adalah The Last Dance yang memenangi kategori trofi utama iaitu Pengarah Terbaik yang diraih Anselm Chan Mou Yin dan Aktres Terbaik (Michelle Wai).
Sementara itu, pelakon legenda yang sering melakonkan watak aksi, Sammo Hung menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Turut diberi penghormatan adalah pelakon, pengarah dan penerbit filem terkemuka Hong Kong, Raymond Wong Pak Ming yang menerima Anugerah Pembikin Filem Cemerlang.

Berikut merupakan senarai pemenang APFF-61;

Filem Terbaik: How To Make Millions Before Grandma Dies - Thailand
Pengarah Terbaik: Anselm Chan Mou Yin (The Last Dance) - Hong Kong, China
Aktor Terbaik: Putthipong Assaratanakul (How To Make Millions Before Grandma Dies - Thailand
Aktres Terbaik: Michelle Wai (The Last Dance) - Hong Kong, China
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Fabian Loo (Raintown) - Malaysia
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Azira Shafinaz (Indera) - Malaysia
Lakon Layar Terbaik: Thodsapon Thiptinnakorn, Paat Boonnitipat (How To Make Millions Before Grandma Dies - Thailand
Sinematografi Terbaik: Joseph Christoforus Fofid (Woman From Rote Island) - Indonesia
Penyuntingan Filem Terbaik: William Chang Suk Ping, Curran Pang (The Last Dance) - Hong Kong, China
Skor Muzik Asal Terbaik: Indraadip Dasgupta (Padatik) - India
Kesan Bunyi Terbaik: Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang-Chu (Eye of The Storm) - Taiwan
Kesan Visual Terbaik: Archin Yen (Eye Of The Storm) - Taiwan
Pengarah Seni Terbaik: Yiu Hon Man (The Last Dance) - Hong Kong, China
Solekan dan Kostum Terbaik: Somnath Kundu, Sabarin Das (Padatik) - India
Koreografi Aksi Terbaik: Blue Room - Filipina
Filem Pendek Terbaik: The Lonely Piano
Media Baharu Terbaik: Wo Long Feng Chu
Anugerah Khas Juri: Filem Emp4T Singapura, Malaysia
Anugerah Khas Juri: Filem Side-Seeing The Movie - Vietnam, Thailand
FPA Paling Cemerlang: Anugerah Pembikin Filem Cemerlang / Raymond Wong Pak Ming
Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM),Pansha dan Pengerusi Penganjuran FFAS, Aaron Koh.
Sebanyak 20 buah negara menyertai Festival Filem Asia Pasifik (APFF) yang menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah dalam penganjuran kali ke-61 ini.
Sekadar info, sebanyak 40 hingga 50 buah filem dipertandingkan dalam anugerah yang mempertaruhkan sebanyak 21 kategori itu.
Festival Filem Asia Pasifik (APFF) salah satu Festival Filem tertua dan paling berprestij di rantau ini, yang diasaskan pada tahun 1953.
APFF diadakan secara tahunan yang dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA) dan telah dihoskan oleh pelbagai lokasi bandar di 25 negara dan wilayah yang berbeza.
Ia berfungsi sebagai sebuah platform penting untuk mempamerkan bakat dan kreativiti sinematik terbaik dari Asia-Pasifik, menghimpunkan pembuat filem, artis, para pemain industri dan peminat bagi meraikan kecemerlangan dalam pawagam.
Kemuncak Majlis Anugerah APFF61 akan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang dalam perfileman, mengiktiraf filem, persembahan dan sumbangan yang paling luar biasa kepada industri perfileman AsiaPasifik
Malaysia telah menjadi tuan rumah APFF sebanyak lima kali dan kali terakhir diadakan pada tahun 2005.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024