Ingin mencari perkakasan rumah? Bagi pembeli atau penyewa rumah baharu, perkara pertama yang ingin dilakukan sudah tentu membeli perabot dan keperluan asas sebelum berpindah masuk. Begitupun, pada fasa endemik ini, mungkin ramai yang mahukan pilihan produk dengan harga lebih murah dan berpatutan.

Justeru, tidak hairan jika ramai yang memilih untuk membeli secara online. Namun, ada satu hal tentang beli-belah secara online yang tidak dapat dielakkan adalah tidak dapat menyentuh dan merasai produk yang dibeli sehingga ia sampai ke pintu rumah.



Ingin tahu di mana tawaran pameran online rumah terbaik dan dalam masa yang sama dapat merasai sendiri produk-produk sebelum membuat pembelian? Jom ke Sunway Putra Mall dengan Malaysia Rumahku Home & Living Fair.



Diadakan bermula 26 Ogos sehingga 18 September di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan pelbagai produk, perkakasan rumah dan perabot dari jenama popular dengan cara belian mudah.



Hadir ke ruang pameran yang terletak di Main Concourse, Ground Floor Sunway Putra Mall, pilih produk yang anda inginkan dan buat bayaran menerusi www.sunwayemall.com. Nak mudah, scan sahaja QR code berdekatan kawasan pameran.

Produk-produk terpilih belian anda akan dihantar ke rumah secara percuma atau bawa sahaja pulang bersama anda*. *Tertakluk pada terma dan syarat

Dalam masa sama, terdapat juga Sesi Memasak Secara Langsung dan demo produk yang dibawakan oleh selebriti popular dan hos seperti Zulin Aziz, Ainaa Kamalia dan Yatie Kitchen setiap Jumaat (2 petang), Sabtu dan Ahad (2 petang dan 5.30 petang).



Jadual sesi memasak:



9 September, Jumaat
2 petang - Ainaa Kamalia (Rumah & Gaya Hidup)

10 September, Sabtu
2 petang - Zulin Aziz (Perkakasan dapur)
5.30 petang - Yatie Kitchen (Perkakasan dapur)



11 September, Ahad
5.30 petang - Kim Hassan (Rumah & Gaya Hidup)
2 petang - Cef Nakhaee (Perkakasan dapur)



16 September, Jumaat
2 petang - Raianna (Rumah & Gaya Hidup)



17 September, Sabtu
2 petang - Tiong Button (Rumah & Gaya Hidup)
5.30 petang - Yatie Kitchen (Perkakasan dapur)

18 September, Ahad
2 petang - Uncle Joshua Loh (Perkakasan dapur)
5.30 petang - Uncle Joshua Loh (Perkakasan dapur)



Selain itu, pengunjung juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti mencanting batik, permainan batu seremban dan congkak setiap Jumaat hingga Ahad (11 pagi, 3 petang atau 4 petang).

Dalam masa sama, jangan lupa untuk dapatkan Rewards Bersama menerusi kod promo percuma bagi pembelian di Sunway eMall.



Promo kod di pameran:
Kod promo bernilai RM20 dengan pembelian RM120
Kod promo bernilai RM50 dengan pembelian RM350
Kod promo bernilai RM80 dengan pembelian RM500



Ganjaran menarik di Sunway Putra Mall:
Berbelanja sebanyak RM200 dalam dua resit dan dapatkan sebotol Sunway Lagoon Soy Sauce serta kod promo bernilai RM20.