Kerajaan bersetuju menyumbang 559,200 dos vaksin jenis AstraZeneca kepada Bangladesh dan 283,400 dos kepada Laos, bagi memastikan negara-negara yang memerlukan mendapat kesaksamaan akses kepada bekalan vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sehingga hari ini, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi Bangladesh adalah 20 peratus manakala bagi Laos adalah 24 peratus, dan kedua-dua negara tersebut bakal menerima sumbangan bekalan vaksin pada hari ini (6) dan 8 Dis ini.

Beliau memberi jaminan bahawa dengan pemberian sumbangan itu, negara masih mempunyai stok bekalan vaksin yang mencukupi untuk program vaksinasi populasi dewasa, remaja dan juga pemberian dos penggalak kepada mereka yang telah layak.

Berita penuh baca di Astro Awani.