Malaysia Tarik Diri, Takkan Hantar Wakil Bertanding Miss Universe Di Israel!
Amri Hassan
17/08/2021 14:43 MYT
17/08/2021 14:43 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengesahkan Malaysia tidak akan menghantar wakil untuk ke pertandingan ratu cantik yang bakal berlangsung di Eilat, Israel tahun ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MUMO di media sosial pada Selasa, Malaysia terpaksa menolak jemputan penyertaan tahun ini kerana mengambil kira faktor penularan COVID-19 yang membimbangkan.
Selain itu, negara juga telah mengehadkan kebenaran untuk merentas ke luar negara ketika ini.
"Kami telah sedia maklum bahawa Organisasi Miss Universe memutuskan untuk mengadakan pertandingan tersebut di Eilat, Israel pada Disember 2021.
"Bagaimanapun, disebabkan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan, perjalanan keluar masuk negara juga dihadkan. Kami tidak dapat menghantar penyertaan dari wakil Miss Universe Malaysia 2021.
"Kami mendoakan deligasi setiap negara akan melakukan sehabis baik pada pertandingan kali ini dan akan kembali menyertai Miss Universe pada tahun akan datang," tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini pengumuman pertandingan ratu cantik Miss Universe kali ke-70 telah mengundang polemik apabila memilih Israel sebagai lokasi tuan rumah.
BACA: Ramai Bengang Miss Universe 2021 Pilih Israel Jadi Tuan Rumah - "Nak Sokong Perang & Keganasan Ker?"
Ramai yang membantah dan menyuarakan solidariti terhadap kekejaman rejim zionis di Palestin. Sebagai tanda protes, turut tular #BoycottMissUniverse2021.