Malaysia tidak mampu lagi menghadapi lonjakan kes COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi ciapannya di Twitter, beliau berkata, semua rakyat mesti sentiasa berwaspada.
"Sila jalankan ujian kendiri, patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan dapatkan vaksin," katanya.


Minggu lalu, beberapa pakar kesihatan dan pegawai perubatan memberi amaran bahawa negara akan berdepan dengan gelombang baharu Covid-19 awal Disember ini.
Penularan COVID-19 di negara ini menyaksikan ia bermula pada 24 Januari 2020 selepas pelancong China yang memasuki Malaysia melalui Johor menjadi kontak rapat kepada kes positif di Singapura.
Tiga daripadanya disahkan positif COVID-19 sehari kemudian.