gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Langkawi Bersedia Jadi Spot Pelancongan Mesra OKU, JOKAL 2025 Buka Jalan - "Inilah Accessible Tourism"
VIRAL
Lesap Lepas Terima RM1,400! Ramai Dedah Lelaki Sama Jadi ’Ejen Rumah Scammer’ Sejak 2019 - “Meyakinkan…Siap Tunjuk IC Dan Perjanjian...”
HIBURAN
Mahu Backup Mulan, Ahmad Dhani Selongkar Temu Bual Lama Maia, Siap Letak Label 'Fitnah' & Suruh Move On
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Malaysia Ungguli ASEAN TVET Friendly Match 2025, Raih 7 Emas Daripada 9 Kategori

Amri Hassan
Amri Hassan
01/07/2025
05:56 MYT
Sponsor Banner
Malaysia Ungguli ASEAN TVET Friendly Match 2025, Raih 7 Emas Daripada 9 Kategori
Malaysia mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju latihan kemahiran serantau apabila merangkul tujuh daripada sembilan pingat emas yang dipertandingkan dalam ASEAN TVET Friendly Match 2025.
Pertandingan yang menghimpunkan peserta dari 12 negara ini menyaksikan penguasaan wakil Malaysia dalam kategori utama sektor pembinaan dan kemahiran vokasional seperti Penerapan Bata, Pertukangan Kayu, Pertukangan Kabinet, Pembinaan Digital, Pendawaian Elektrik, Paip dan Pemanasan serta Kimpalan.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, kejohanan ini menjadi simbol kebangkitan semangat serantau, aspirasi bersama dan komitmen kolektif ASEAN dalam membentuk masa depan yang mampan serta berdaya saing.
“Kita menyaksikan pencapaian luar biasa 40 anak muda berbakat dari 12 negara yang bertanding dengan semangat tinggi dalam sembilan bidang kemahiran utama. Dari bata ke reka bentuk digital, setiap pertandingan bukan sekadar menguji kepakaran teknikal, tetapi juga daya tahan mental dan kreativiti,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Pertandingan ini menggunakan piawaian WorldSkills Occupational Standards (WSOS) sebagai rujukan utama, menjadikannya medan latihan realistik sebelum peserta menyertai pentas lebih besar seperti WorldSkills ASEAN di Manila dan WorldSkills Asia di Taipei.
Dalam edisi kali ini, semua peserta bertanding dalam persekitaran intensif yang direka bagi menepati standard antarabangsa, termasuk dua negara jemputan dari Asia luar ASEAN.
Abdul Rahman menambah, kejohanan ini juga berfungsi sebagai pemangkin pembangunan TVET serantau dengan Malaysia sebagai hos yang menyediakan platform menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
“Malaysia komited memperkukuh ekosistem TVET serantau melalui pembangunan standard industri, pemadanan kemahiran dan mobiliti tenaga kerja teknikal. Selaras aspirasi Ekonomi Madani, kita beri tumpuan kepada pembangunan kemahiran hijau sebagai pemacu Matlamat Pembangunan Mampan,” tambahnya.
Ini merupakan kali pertama pertandingan TVET serantau memberi tumpuan khusus kepada sektor pembinaan, menjadikannya pencapaian penting dalam usaha menaikkan profil sektor ini dalam kerangka latihan kemahiran serantau.
Pemenang emas kategori Penerapan Bata, Misto Mikin, 18, berkongsi cabaran sepanjang pertandingan yang berlangsung selama 18 jam.
“Saya teruja dengan kemenangan ini. Susun bata dalam bentuk paten ‘I Love TVET’ bukan mudah, memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Ia menjadi pembakar semangat untuk mengharumkan nama Malaysia di Taipei nanti,” katanya.
Sementara itu, pemenang emas kategori Pertukangan Kayu, Luqman Nurhafizi Abdul Kadir, menyifatkan pengalaman ini sebagai sesuatu yang tidak ternilai.
“Peluang ini sangat besar maknanya. Dapat mengalahkan peserta antarabangsa dan menang emas membuka jalan saya ke peringkat seterusnya di Manila,” ujarnya dengan penuh semangat.
Dengan kejayaan cemerlang ini, Malaysia bukan sahaja mengangkat bakat muda tempatan, malah mengukuhkan posisi sebagai peneraju pembangunan TVET di peringkat ASEAN dan Asia.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Juara
#Pertandingan
#Gold
#Asean
#Bricklayering
#TVET
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement