Seorang wanita dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) membuatkan ramai tersentak apabila terus cekal berniaga biarpun tidak mampu untuk bersuara.

Video wanita tersebut yang melakukan video secara la langsung di Facebook itu viral sejak semalam apabila dimuat naik seorang netizen di Twitter.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, wanita dikenali sebagai Zetty Suffyah dilihat sedang asyik mempromosikan barangan jualannya.

Namun, apa yang menariknya, dia menjual produk tersebut dengan menggunakan bahasa isyarat.

“Mula-mula orang tanya nama. Akak tu jawab smiley.

“Second akak tu bagi tahu flavor cookies, oat raisin,” jelas seorang netizen mengenai maksud bahasa isyarat Zetty.

Susulan itu, ramai yang kagum dengan kecekalan Zetty yang berusaha untuk berniaga.

Tidak kurang juga yang meluahkan hasrat untuk belajar bahasa isyarat.

“Malu dengan diri saya tengok akak ni mampu online business dengan kekurangan yang akak ni ada berbanding dengan diri saya yang serba lengkap.. terima kasih sebab bagi inspirasi pada saya”

“Semoga dipermudahkan urusan kak. Amin”

“Tiada konsep malas dalam hidup. Orang kurang upaya pun kalau berusaha pasti berjaya juga” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.