“Malu Dengan Western People All Out Boikot” - Lufya Omar Bersuara Isu Blockout 2024, Tak Kisah Hilang Kawan
Mya Amri
15/05/2024 07:55 MYT
15/05/2024 07:55 MYT
Susulan gerakan Blockout 2024 yang dilancarkan oleh pengguna media sosial, penyanyi Lufya Omar juga turut tampil menegur sikap beberapa selebriti.
“Unfollow! Block! Anda sangatlah rugi! Tak boleh terima kejahilan dan pentingkan diri sendiri. Malu dengan orang barat yang all out boikot, sekat, dan macam-macam kempen mereka buat untuk menghentikan kekejaman Israil,” tegurnya.
Dalam pada itu, Lufya juga dengan tegas mengatakan tidak kisah sekiranya kehikangan sahabat gara-gara memberikan teguran berkenaan isu tersebut.
“Ini bukan soal kecil ya! Nak sangat dunia, fame, jaga status, jaga content eh!
“Hilang kawan, hilang jiran, hilang review pun tak apalah dari banyak soalan nak dijawab kat ‘sana’ nanti. Tolong komen siapa lagi saya perlu sekat?” tegasnya.
Terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.
Bermula di luar negara pada minggu lalu, kini netizen Malaysia pula tampil dengan senarai Blockout 2024 selebriti dan pempengaruh media sosial tempatan.
Tak kisah hilang kawan kerana beri teguran
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Lufya berkata dia malu dengan sikap selebriti di negara ini yang seolah-olah tidak mengambil serius tentang kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin dengan mempromosikan barangan negara Israil.“Kejar kejar! Dunia yang tak seberapa. Kelak kau dipinggirkan di akhirat. Selebriti, influencer, banyak sangat alasan nak buat awareness atau supporting Palestine.
“Unfollow! Block! Anda sangatlah rugi! Tak boleh terima kejahilan dan pentingkan diri sendiri. Malu dengan orang barat yang all out boikot, sekat, dan macam-macam kempen mereka buat untuk menghentikan kekejaman Israil,” tegurnya.
Dalam pada itu, Lufya juga dengan tegas mengatakan tidak kisah sekiranya kehikangan sahabat gara-gara memberikan teguran berkenaan isu tersebut.
“Ini bukan soal kecil ya! Nak sangat dunia, fame, jaga status, jaga content eh!
“Hilang kawan, hilang jiran, hilang review pun tak apalah dari banyak soalan nak dijawab kat ‘sana’ nanti. Tolong komen siapa lagi saya perlu sekat?” tegasnya.
BERITA TRENDING: Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”
BERITA TRENDING: “Nak Block Just Block, Tapi Tak Payah Sampai Keluarkan Kata-Kata Yang Tidak Baik” - Mira Filzah