Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Malu Kentut Depan Kekasih, Penyanyi Brazil Dimasukkan Ke Hospital Kerana ...

Amri Hassan
22/03/2022 05:58 MYT
Buang angin atau kentut barangkali menjadi tindakan memalukan bagi segelintir masyarakat. Hakikatnya, ia mendatangkan mudarat pada diri sendiri.

Hal itu berlaku kepada penyanyi cantik dari Brazil, Viviane de Queiroz atau lebih dikenali sebagai Pocah yang berdepan pengalaman mencemaskan kerana menahan kentut.

Kata Pocah, 27, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut yang melampau baru-baru ini.

"Saya bangun pada pukul 5.30 pagi dengan sakit perut yang teruk dan akhirnya dimasukkan ke hospital.

"Tetapi itu sahaja kawan-kawan. Saya kini sihat, hanya pengumpulan kentut terperangkap di dalam badan saya," ujarnya.



Justeru, Pocah menyarankan agar peminatnya untuk tidak lagi menahan kentut bagi mengelakkan berdepan situasi sama sepertinya.

"Kaum wanita jangan malu untuk kentut di hadapan lelaki.

"Apa yang lebih memalukan adalah membiarkan teman lelaki anda tidak dapat tidur dengan aman kerana anda mengajaknya ke hospital dan selepas itu, mengetahui bahawa anda sakit kerana kentut terperangkap dalam badan anda.

"Mulai sekarang, aku akan membiarkan kentutku keluar," kongsinya lagi.

Kentut merupakan mekanisme alami tubuh untuk membuang gas yang dihasilkan dari proses penguraian makanan dalam sistem pencernaan. Oleh karena itu, kentut bisa menjadi tanda bahwa tubuh berfungsi dengan baik.

#Penyanyi #Viral #hospital #Kentut #Brazil #Tahan #Pocah
;