Malu Makan Bersuap Dengan Isteri Dikhalayak Ramai? Ini Pandangan Khai

Mya Amri
September 12, 2017 11:13 MYT
Bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Khai memberikan pandangannya terhadap sikap sesetengah orang yang malu untuk makan bersuap bersama isteri dikhalayak ramai.
Khai atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Mohamad, 38, mengutarakan pendapatnya menerusi akaun Instagram sebentar tadi.
Khai juga turut memuat naik foto bersama isterinya, Rosma yang merupakan bekas pelajar AF Megastar Homecoming.
Foto yang disertakan dengan hashtag #YangBaikJadikanTeladan dan #FeelTheChange itu menunjukkan Rosma sedang menyuapkan makanan kepada Khai.
Kata Khai, tidak ada salahnya untuk makan secara bersuap, sekurang-kurangnya tindakan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
“Bukan isteri sahaja tau yang suka disuap. Suami pun suka tau. Hihi. Bertambah gembiranya dan nikmatnya bila dpt rasainya saat begini.
“Memang ego lelaki itu tinggi, tapi tak salahkan kalau nak minta isteri suapkan. Pada saya buat apa nak malu, ikatan dah sah suap je lah walaupun depan orang ramai.
“Masa makan beradab suap depan beribu-ribu orang boleh je, kenapa lepas tu tak ada dah aksi suap menyuap ni. Takkan sekali je dalam hidup huhu. Perkara yang baik begini jadikan teladan untuk anak-anak, keluarga dan masyarakat luar.
“Nampak simple je kan, tapi cubalah buat. Nak-nak lagi makan kat luar. Mungkin mula-mula sahaja malu-malu, tapi lama-lama BEST tau.
“Dapat naik kan mood romantik tau walaupun sesuap sahaja dan walaupun makan kat kedai mamak sekalipun. Haha
“Isteri memang suka dimanjakan tapi sebenar-benarnya SUAMI yang nampak macho itulah lagi tersangat-sangatlah suka diMANJAN2kan. Ini Fakta bukan awta tau... haha ?
“Kami selalu amalkan, pelawa antara satu sama lain masa tgh mkn. Contoh “sayang nak rasa? Boleh juga".
“Lepas itu terus suapkan sahaja, itulah selalu kami amalkan. Sekurang-kurangnya masing-masing dapat rasa makanan pasangan masing-masing walaupun sesuap sahaja. Mungkin korang ada cara korang tersendiri kan? Cubalah lah buat.
“Siapa pernah buat? Angkat tangan #KhaiRosma #FeelTheChange #Alhamdullillah #SuamiIsteri #YangBaikJadikanTeladan #YangBurukJadikanSempadan #Romantika,” tulisnya.
Teks oleh: Mya Amri
#Penyanyi #Penyanyi #Rosma #Khai