“Malulah Mommy Tak Kurus Lagi…”- Elfira Loy
Pelakon Elfira Loy bersyukur kerana putera pertamanya Muhammad Rayyan kini sudah genap berusia tujuh bulan.
Namun, Elfira dengan berseloroh akui segan kerana badannya belum kembali kurus seperti dulu.
“Happy 7 months old my Rayyan boy , Look at you so adorable , Bangun- bangun saja smile happy cair mommy . Macam tak percaya awak sudah tujuh bulan sekarang. Malulah mommy tak kurus lagi hehe,” tulisnya.
Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video anaknya yang baru sahaja bangun dari tidur.
Tambah Elfira lagi, kehidupannya kini juga semakin mencabar dalam menguruskan satu-satu anaknya itu.
“Everything is so adventurous now , nak mandikan macam berperang , nak suapkan makan macam masuk kelas silat , Nak tidur macam main roller coaster sekejap nangis nak tengok sekejap happy taknak tido.
“Dan perkara yang membahagiakan saya adalah bila kamu mengenali saya. Awak akan membuka tangan dan meminta saya memelukmu dan mencium mu,” katanya lagi.
Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober tahun lalu.