BERITA

MAMA AWARD 2019, BTS Menang Besar Rangkul 9 Anugerah

Mya Amri 05/12/2019 | 15:05 MYT
Mnet Asian Music Award 2015 (MAMA 2019) yang berlangsung semalam menyaksikan kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS menang besar.
BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook itu telah merangkul empat anugerah utama iaitu yang dikenali sebagai ‘Daesang’.
Empat anugerah utama yang dimaksudkan adalah Album Terbaik Sepanjang Tahun (Map of the Soul: Persona), Ikon Seluruh Dunia Sepanjang Tahun, Lagu sepanjang tahun (Boy With Luv) dan Artis Sepanjang Tahun.
Kemenangan itu merupakan kenangan paling manis apabila BTS merupakan kumpulan pertama yang memenangi kesemua Daesang dalam sejarah anugerah berkenaan.
Istimewanya lagi, anugerah bagi kategori Album Terbaik Sepanjang Tahun itu disampaikan khas oleh pengacara terkenal Amerika Syarikat Jimmy Fallon menerusi sebuah video pendek.
Manakala lima lagi anugerah yang dimenangi BTS adalah Kumpulan Lelaki Terbaik, Qoo10 Artis Lelaki Kegemaran, Video Muzik Terbaik (Boy With Luv), Persembahan Terbaik Kumpulan Lelaki dan Top 10 Kumpulan Pilihan Peminat Di Seluruh Dunia.
MAMA AWARD 2019 yang berlangsung di Jepun itu bersiaran secara langsung menerusi tVN HD (saluran 395).
#BTS #Artis Korea #MAMA2019