Adik kepada personaliti popular Neelofa, Ameera Khan mendedahkan dirinya menggemari surah Ar-Rahman.

Kata Ameera atau turut popular dengan sapaan LMK, kecintaannya terhadap surah itu didorong oleh ibunya, Datin Noor Kartini yang membacakan surah itu sepanjang dia membesar.

"Surah kegemaran saya ialah Ar-Rahman kerana saya membesar dengan mendengar bacaan surah itu dari mama setiap hari," kongsinya menerusi sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram Stories.



Selain itu, Ameera akan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur, seperti yang disarankan ustazahnya.

Dalam pada itu, Ameera turut menjawab soalan mengenai impian perkahwinan daripada soalan yang diajukan kepadanya.

"Saya sentiasa mahukan perkahwinan yang ringkas di Itali. Tak salah kan bermimpi," selorohnya.

Malah, Ameera memberitahu dia ingin pulang ke kampung halamannya di Kelantan untuk menikmati juadah pencuci mulut kegemarannya, butir nako hasil air tangan 'ummi'.