Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengalami demam panas serta sakit tekak.

Menurut Ozlynn, bukan hanya dirinya yang tidak sihat malah anak bongsunya, Moleiq turut sama mengalami batuk yang teruk.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Mama demam panas dia pulak batuk teruk.. Paling kesian bila dia sakit tentu dia nak kita.

"Asyik nangis nak “tek” tapi kita demam. Dalam masa yang sama kita kerja..

"Korang pernah tak kena demam yang urat semua sakit lepastu tekak bengkak.. Sekarag tengah kena.. Doakan kami moga sembuh ye," tulisnya sebagai kapsyen.

Rata-rata rakan artis dan pengikut mendoakan semoga Ozlynn dan Moleiq cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.




Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Mama demam panas dia lak batuk teruk.. paling sian bila dia sakit tentu dia nak kita.. asik nangis nak “tek” .. tp kita demam.. dlm masa yg sama kita keje.. korg penah x kena demam yg urat semua sakit.. pastu tekak bengkak.. ?.. skrg tgh kena.. doakan kami moga sembuh yek.. ❤️

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on