"Mama Jumpa Awak Kat Syurga Ye" - Alami Pendarahan Dalaman, Elly Arifin Keguguran

Zulaikha Yusof
Oktober 1, 2019 02:55 MYT
Pengacara HLive, Elly Arifin mendedahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata pertama selepas menunggu hampir tiga tahun tidak kesampaian.
Menurut Elly, dia mengalami kegugurun disebabkan pendarahan dalaman yang sangat teruk.
"Kepada yang bertanya, Elly mengalami keguguran kandungan yang baru masuk enam minggu disebabkan pendarahan dalaman yang teruk. Tulah terkinja-kinja lagi.
"Jadi pukul 1 tengah hari semalam Elly dikejarkan ke hospital dengan ambulans untuk masuk ke emergency room dan pukul 5 petang macam tu dah masuk bilik pembedahan.
"Pembedahan berlaku selama 4 jam dan semuanya berjalan lancar Alhamdulillah. Tolong doakan Elly supaya cepat sembuh ya.
"Kepada bayi pertama saya, mama jumpa awak kat syurga ye?
"Terima kasih sebab sempat kongsi badan dengan mama selama enam minggu walaupun awak masih belum cukup sifat fizikal. I love you," tulisnya.
Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Arifin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
"Tak ada apa yang serius. Cuma perut kadang-kadang sakit.
"Duduk dah boleh cuma berjalan je belum lagi. Doktor paksa untuk berjalan sebab nanti tiub pundi kencing kena cabut," tambahnya lagi.
Elly mendirikan rumah tangga dengan pelawak Jiggy Masin pada tahun 2016.
#Gugur #Elly Arifin